[ARTIKEL] Perkhidmatan Bas Komuter oleh Syarikat The LTTAT CO. S/B

Salam sejahtera

Perhatian kepada penumpang tegar keretapi yang disayangi, yang dari jauh mari datang dekat kerana ada berita gembira untuk semua penumpang! Perkhidmatan bas komuter dari Syarikat The Luen Thung Tanjung Aru Transport Co. Sdn Bhd akan mula beroperasi pada 26/02/2024 (Isnin) dan akan membawa anda mengelilingi pusat bandar Kota Kinabalu! Perkhidmatan bas ini bukan untuk penumpang keretapi sahaja, akan tetapi terbuka untuk semua orang awam! Perkhidmatan ini akan bermula dari Stesen Keretapi Sketeriat/Sembulan dan akan membuat pusingan ke Bandar Kota Kinabalu mengikut Laluan Perjalanan yang disediakan kemudian balik semula ke Stesen Keretapi Sketeriat/Sembulan.
Gambar yang disediakan adalah jadual dan laluan perjalanan serta kadar Harga Tiket perkhidmatan bas komuter.
 

WAKTU PEJABAT

Hari Bekerja: Isnin - Jumaat
Masa Bekerja: 8.00 AM - 5.00 PM
Waktu Rehat:
Isnin - Khamis: 1.00 PM - 2.00PM
Jumaat: 11.30 AM - 2.00PM
Cuti: Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

LOKASI KAMI

Penafian:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk apa-apa tujuan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan atau sumber yang betul.