KERETAPI PELANCONGAN · AKTIF
Train to Muara Sungai Benoni
Pengalaman perjalanan petang dari Tanjung Aru ke Muara Sungai Benoni, Papar, sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Butiran perjalanan
- Masa operasi: 4.00 petang–8.00 malam (4 jam), setiap Sabtu.
- Laluan: Stesen Tanjung Aru – Muara Sungai Benoni – Stesen Tanjung Aru (84.5 km).
- Kapasiti: 160 penumpang.
- Set tren: VULCAN 6016/6015, lima gerabak, satu pantry dan LOCO 6105 / LOCO 7001.
- Harga tiket: RM100 seorang, tidak termasuk makan dan minum.
Makluman operasi
Jentera keretapi berkuasa wap tidak beroperasi pada masa ini. Sila rujuk hebahan rasmi JKNS untuk status terkini sebelum membuat perancangan.
