Perutusan Pengarah
Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.
Selamat datang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan atas usaha dan komitmen semua pihak yang telah berjaya membangunkan Laman Web Rasmi Jabatan ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada unit yang terlibat dalam menghasilkan platform yang informatif dan interaktif ini.
Saya berharap agar laman web ini dapat berfungsi sebagai medium utama penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan kereta api kepada orang awam, khususnya pelanggan dan penumpang. Selain itu, laman ini juga diharapkan dapat menjadi saluran rasmi bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Untuk makluman, Jabatan ini berperanan sebagai organisasi yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan kereta api selaras dengan Visi dan Misi JKNS iaitu menjadi mod pilihan utama pengangkutan awam menjelang tahun 2030. Antara inisiatif yang sedang dirancang termasuk penambahan frekuensi perkhidmatan kereta api bagi menyediakan perkhidmatan rel yang lebih moden, efisien, selesa dan selamat kepada pengguna.
Akhir kata, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan dan maklum balas yang membina daripada para pengunjung laman web ini bagi membantu Jabatan Keretapi Negeri Sabah menambah baik serta memperkukuhkan mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang.
Sekian dan terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah.