Setinggi- tinggi penghargaan kepada Tuan Leonard Stephen Poyong atas khidmat bakti dan sumbangan, serta sokongan dan dorongan yang telah membawa perubahan yang drastik dari segi pembangunan dan penambahbaikan perkhidmatan keretapi sejak 2018 sehingga Mac 2024. Tarikh 27 Mac 2024 merupakan tarikh keramat dan hari bersejarah bagi Jabatan Keretapi Negeri Sabah dengan penyerahan tugas sebagai Pengarah JKNS yang telah diambil alih oleh Tuan Ir. Mohammad Safri bin Abdul Habi yang berlangsung di pejabat Kementerian Kerja Raya dengan disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (Datuk Ridhwan Roger Linus), Timbalan Pengarah JKNS (Tuan Hj Md Zainin Hj Md Layer) dan Ketua Pegawai Tadbir JKNS (Tuan Sarin bin Tani). Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Tuan Leonard Stephen Poyong dan Tuan Ir. Mohammad Safri bin Abd Habi.
Lihat galeri: Hari Bersejarah JKNS 2024 - Jabatan Keretapi Negeri Sabah