PENGGAMBARAN
Pemohon diminta untuk mengisi dan menghantar borang ke Jabatan Keretapi Negeri Sabah secara fizikal atau pun melalui emel yang tertera di Hubungi Kami. Sila klik ikon di atas untuk memuat turun borang penggambaran.
IKLAN
Pemohon boleh menghantar surat permohonan rasmi berkenaan dengan pengiklanan di premis Jabatan atau badan gerabak keretapi dan dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah ke emel yang tertera di Hubungi Kami.
RUANG LEGAR
Pemohon boleh menghantar surat permohonan rasmi berkenaan penyewaan kawasan kaunter atau ruang legar untuk promosi dan dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Pemohon boleh menghantar surat permohonan tersebut secara fizikal atau pun melalui emel yang tertera di Hubungi Kami.
BARANGAN
- AKAN DATANG -
CONCOURSE
Pemohon boleh menghantar surat permohonan rasmi berkenaan penyewaan kawasan kaunter atau ruang legar untuk promosi dan dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Pemohon boleh menghantar surat permohonan tersebut secara fizikal atau pun melalui emel yang tertera di Hubungi Kami.
SEWA KHAS
Pemohon boleh menghantar surat permohonan rasmi berkenaan keretapi sewa khas dan dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Surat permohonan tersebut juga haruslah mengandungi maklumat penting seperti tarikh, masa, bilangan penumpang (kanak-kanak/dewasa), dan lain-lain yang berkaitan. Pemohon boleh menghantar surat permohonan tersebut secara fizikal atau pun melalui emel yang tertera di Hubungi Kami.
KANTIN/KIOSK
Semua penyewaan yang berkaitan Kantin atau pun Kiosk di premis Jabatan Keretapi Negeri Sabah hendaklah mengikut prosedur pembelian borang sebut harga di Kaunter Unit Perolehan JKNS di Tingkat 4, Ibu Pejabat Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Tg. Aru. Siri penjualan sebut harga boleh dilihat di Notis Tender manakala keputusan sebut harga pula boleh dilihat di Keputusan.
