[INFO] [TOURISM TRAIN] Penyelenggaraan Jentera Keretapi Berkuasa Wap

Salam sejahtera kepada semua penumpang keretapi yang dikasihi sekalian yang jauh dan yang dekat. 

INFO TERKINI

Perkhidmatan dan pakej pelancongan berasaskan keretapi (Train to Muara Sungai Benoni dan Chartered Service Steam Train) akan beroperasi seperti yang dijadualkan dan mengikut tempahan awal bagi bulan Jun 2024 ini. Namun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa jentera keretapi berkuasa wap atau dipanggil Vulcan Steam Engine memerlukan penyelenggaraan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lokomotif stim selama sebulan bermula 5 Jun 2024 sehingga 5 Julai 2024.

Jangan bimbang, JKNS tidak akan mengecewakan penumpang yang telah menempah tiket awal kerana jentera keretapi diesel lokomotif akan digunakan buat sementara. Penumpang yang telah menempah awal juga boleh memohon untuk mengubah tarikh tiket perjalanan akan tetapi tidak ada pengembalian wang bayaran bagi tempahan yang telah dibuat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi JKNS: Jabatan Keretapi Negeri Sabah, laman Facebook: Jabatan Keretapi Negeri Sabah | Facebook atau boleh hubungi talian: 088-279 300.

Sekian dan terima kasih.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Greetings to all of our beloved passengers,

LATEST INFO

Tourism train and packages (Train to Muara Sungai Benoni and Chartered Service Steam Train) will operate as scheduled and in accordance with the advance booking for June 2024. However, we are sorry to inform you that our steam-powered locomotive called Vulcan Steam Engine requires maintenance to ensure the safety and smooth running of the steam locomotive for a month starting 5th of June 2024 to 5th of July 2024.

Don't worry, JKNS will not disappoint passengers who have booked their tickets early because the diesel locomotive train will be used temporarily to operate the tourism train. Passengers who have booked in advance can also apply to change the travel ticket date but unfortunately refund is not an option for the booking made.

For more information, please visit JKNS official website: Sabah State Railway Department, Facebook page: Sabah State Railway Department | Facebook or you can call us at: 088-279 300.

Thank you.

WAKTU PEJABAT

Hari Bekerja: Isnin - Jumaat
Masa Bekerja: 8.00 AM - 5.00 PM
Waktu Rehat:
Isnin - Khamis: 1.00 PM - 2.00PM
Jumaat: 11.30 AM - 2.00PM
Cuti: Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

LOKASI KAMI

Penafian:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk apa-apa tujuan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan atau sumber yang betul.