Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Tahun 2025 pada tarikh 18-19 September 2025 sebagai salah satu inisiatif meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran serta pengurusan dokumen jabatan.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga kerja JKNS mengenai kaedah yang sistematik dalam menguruskan fail serta rekod rasmi jabatan. Antara fokus utama kursus termasuk:
-
📂 Kaedah penyediaan dan penyimpanan fail mengikut piawaian;
-
🗂️ Tatacara pemeliharaan, penyusunan, dan pengkelasan rekod;
-
📑 Kepentingan keselamatan maklumat serta pematuhan kepada prosedur rasmi;
-
📝 Pengurusan rekod aktif, separa aktif dan rekod terperingkat.
- 📑 Pelupusan Fail dan rekod
Penganjuran kursus ini juga selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan tadbir urus yang telus, cekap dan sistematik melalui pengurusan maklumat yang berkualiti.
Melalui kursus ini, diharapkan seluruh kakitangan dapat mengamalkan budaya kerja berteraskan kemas, cepat, tepat dan selamat dalam setiap urusan pentadbiran.