Featured

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN PERHUTANAN SABAH (SABAH FORESTRY DEPARTMENT)

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perhutanan Sabah (Sabah Forestry Department) pada hari Rabu, 27 Ogos 2025, jam 1.00 petang bertempat di Ibu Pejabat JKNS, Tanjung Aru.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk:

1. Mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala antara JKNS dan Jabatan Perhutanan Sabah.


2. Meneroka peluang kerjasama strategik dalam aspek pemeliharaan alam sekitar, kelestarian hutan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan mesra alam.


3. Berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam bidang pengurusan sumber semula jadi dan sistem sokongan logistik yang lebih efisien.

 

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan sinergi dalam pembangunan mampan, khususnya melibatkan sektor pengangkutan dan alam sekitar yang menjadi keutamaan di Sabah.

JKNS merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan hormat daripada Jabatan Perhutanan Sabah ini, yang diyakini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan demi manfaat rakyat dan pembangunan negeri Sabah.

 

WAKTU PEJABAT

Hari Bekerja: Isnin - Jumaat
Masa Bekerja: 8.00 AM - 5.00 PM
Waktu Rehat:
Isnin - Khamis: 1.00 PM - 2.00PM
Jumaat: 11.30 AM - 2.00PM
Cuti: Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

LOKASI KAMI

Penafian:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk apa-apa tujuan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan atau sumber yang betul.