Permohonan & Sewaan

Permohonan & Sewaan

Pilih urusan yang berkaitan di bawah. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan melalui saluran rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penggambaran

Isi dan hantar borang penggambaran kepada JKNS secara fizikal atau melalui emel rasmi.

Hantar melalui emel →

Iklan

Hantar surat permohonan rasmi untuk pengiklanan di premis Jabatan atau badan gerabak kepada Pengarah JKNS.

Ruang Legar / Concourse

Permohonan penyewaan kawasan kaunter atau ruang legar untuk promosi hendaklah dikemukakan secara rasmi.

Sewa Khas

Surat permohonan keretapi sewa khas perlu menyatakan tarikh, masa, bilangan penumpang kanak-kanak/dewasa dan maklumat berkaitan.

Kantin / Kiosk

Penyewaan kantin atau kiosk perlu mengikut prosedur pembelian borang sebut harga di Kaunter Unit Perolehan JKNS, Tingkat 4, Ibu Pejabat JKNS, Tanjung Aru.

Lihat notis sebut harga →

Barangan

Perkhidmatan ini akan datang. Sila hubungi jabatan untuk pertanyaan awal.

Maklumat hubungan

Semua permohonan rasmi hendaklah dialamatkan kepada Pengarah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: 088-279 300  ·  Emel: korporat.keretapisabah@gmail.com