Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Bengkel Customer Service Communication (Siri 2) pada 10 hingga 11 Februari 2026 bertempat di Ibu Pejabat JKNS. Bengkel ini diadakan sebagai usaha berterusan jabatan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan kualiti perkhidmatan pelanggan dalam kalangan kakitangan.
Program ini melibatkan penyertaan kakitangan daripada pelbagai bahagian yang berperanan secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan teknik komunikasi yang lebih berkesan, pengurusan aduan pelanggan, serta kaedah menangani situasi pelanggan dengan lebih profesional dan berhemah.
Selain sesi perkongsian ilmu, bengkel ini turut merangkumi aktiviti latihan praktikal dan simulasi situasi perkhidmatan pelanggan bagi membantu peserta memahami pendekatan komunikasi yang sesuai dalam pelbagai keadaan. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan keyakinan serta keupayaan kakitangan dalam memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap dan berkualiti.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu memperkukuhkan lagi budaya kerja berorientasikan pelanggan dalam kalangan warga JKNS, seterusnya meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.