PROGRAM PENYERAHAN PEK BERBUKA (PBP) KEPADA PENUMPANG PERKHIDMATAN KERETAPI PS104, LAWATAN KE BAZAR RAMADAN LOKOMOTIF DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN JKNS TAHUN 2026

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Program Penyerahan Pek Berbuka Puasa (PBP) kepada penumpang perkhidmatan keretapi PS104 pada 11 Mac 2026, di samping mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Lokomotif serta Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan JKNS sempena bulan Ramadan tahun 2026.

Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif JKNS dalam menyemarakkan sambutan bulan Ramadan serta sebagai tanda penghargaan kepada para penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi. Melalui program ini, pek berbuka puasa telah diagihkan kepada penumpang perkhidmatan keretapi PS104 sebagai tanda ingatan dan keprihatinan jabatan terhadap pelanggan yang dalam perjalanan ketika waktu berbuka puasa.

Selain itu, program turut diserikan dengan lawatan ke Bazar Ramadan Lokomotif yang memberi peluang kepada warga jabatan dan para tetamu untuk melihat sendiri suasana bazar serta menyokong peniaga tempatan dalam bazar tersebut.

Program kemudiannya diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan JKNS, yang menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara JKNS dan para pelanggan di samping memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

WAKTU PEJABAT

Hari Bekerja: Isnin - Jumaat
Masa Bekerja: 8.00 AM - 5.00 PM
Waktu Rehat:
Isnin - Khamis: 1.00 PM - 2.00PM
Jumaat: 11.30 AM - 2.00PM
Cuti: Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

LOKASI KAMI

Penafian:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk apa-apa tujuan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan atau sumber yang betul.