Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) melalui Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi (KESURI) telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara Daerah yang melibatkan pasukan-pasukan di bawah JKNS.
Perlawanan tersebut telah berlangsung pada 8 November 2025 bertempat di Padang Bandaran Tenom.
Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim, memupuk semangat kesukanan, serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JKNS.
KESURI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan, kehadiran serta sumbangan semua pihak yang telah menjayakan program ini.