Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Julai 2026 bertempat di Dewan Latihan, Unit Latihan, Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran warga JKNS dalam menyediakan surat rasmi yang berkualiti, tepat serta mematuhi format dan etika penulisan surat rasmi perkhidmatan awam. Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan terhadap penggunaan bahasa yang jelas, penyediaan memorandum, minit surat, emel rasmi serta komunikasi bertulis yang profesional.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam penulisan surat rasmi melalui sesi ceramah, perbincangan, latihan amali serta perkongsian pengalaman oleh penceramah. Pendekatan interaktif ini membolehkan peserta memahami dengan lebih mendalam kaedah penyediaan dokumen rasmi yang berkesan dan berkualiti.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membantu memperkukuh kompetensi warga JKNS dalam menghasilkan surat-menyurat rasmi yang lebih sistematik, profesional dan selaras dengan standard penyampaian perkhidmatan kerajaan. Kemahiran yang diperoleh juga diyakini mampu meningkatkan kecekapan urusan pentadbiran serta memperkukuh imej korporat Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
JKNS komited untuk terus memperkasakan pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program latihan yang berkualiti bagi memastikan setiap warga kerja sentiasa berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta masyarakat.
#JKNS
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMADANI
#LatihanJKNS
#PenulisanSuratRasmi