Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama AMC College telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel yang berlangsung pada 26 Jun 2025 bertempat di Dewan Latihan , Tingkat 1 JKNS.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pegawai serta kakitangan JKNS dalam penggunaan perisian Microsoft Excel, khususnya dalam pengurusan data, analisis maklumat, dan penyediaan laporan.
Sepanjang kursus, para peserta diberi pendedahan kepada pelbagai fungsi dan kemudahan Microsoft Excel, termasuk penggunaan formula dan fungsi lanjutan, teknik data visualization, analisis menggunakan PivotTable. Pendekatan pembelajaran secara teori dan praktikal telah digunakan bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara langsung dalam tugasan harian.
Kursus ini diakhiri dengan sesi soal jawab serta sesi bergambar semua peserta. Diharapkan penganjuran kursus seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memperkukuh kemahiran tenaga kerja JKNS seiring dengan perkembangan teknologi semasa.