Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Kursus Video Editing (CapCut) Kerjasama dengan AMC COLLEGE pada 15 Julai 2025 bertempat di Dewan Latihan , Tingkat 1 JKNS dengan penyertaan pegawai dan kakitangan dari pelbagai bahagian/Unit.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran warga JKNS dalam menghasilkan bahan video yang kreatif, berkualiti, dan berkesan untuk tujuan promosi, dokumentasi program, serta penyebaran maklumat kepada orang awam.
Sepanjang kursus, para peserta mempelajari:
-
Pengenalan kepada aplikasi CapCut dan ciri-ciri utamanya
-
Teknik penyuntingan asas dan lanjutan video
-
Menambah teks, muzik, kesan khas, dan transition
-
Penyediaan video dalam pelbagai format dan resolusi
-
Tip menghasilkan video yang menarik untuk media sosial
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dari AMC College yang turut memberi latihan hands-on kepada peserta untuk menghasilkan video pendek menggunakan rakaman sebenar daripada program JKNS.
Dengan adanya kursus ini, JKNS berharap warga kerja dapat menghasilkan kandungan visual yang mampu mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti jabatan dengan lebih kreatif, menarik, dan profesional.