Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Kursus Keselamatan pada 27 Mac 2025 bertempat di Dewan Latihan ,Tingkat 1 JKNS, dengan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai bahagian/unit serta penglibatan dari orang luar.
Kursus ini diadakan sebagai usaha memperkukuh pengetahuan serta kesedaran tentang aspek keselamatan, terutamanya yang melibatkan operasi perkhidmatan kereta api, penyelenggaraan infrastruktur, dan pengurusan kecemasan.
Penganjuran kursus keselamatan ini diharapkan dapat memupuk kesedaran berterusan dan membentuk budaya kerja yang selamat di kalangan semua warga JKNS, seiring dengan matlamat jabatan untuk menyediakan perkhidmatan kereta api yang selamat, cekap dan berdaya saing.