Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah menganjurkan Kursus Customer Service Communication Siri 1 pada 27 hingga 28 Januari 2026 bertempat di Dewan Latihan, Tingkat 1, Ibu Pejabat JKNS.
Kursus ini melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan barisan hadapan yang berperanan secara langsung dalam urusan perkhidmatan pelanggan termasuk di kaunter tiket, stesen, serta pengendalian perkhidmatan tren bagi laluan.
Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk:
-
Meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
-
Memantapkan teknik pengendalian aduan pelanggan secara profesional
-
Membina keyakinan diri ketika berinteraksi dengan pelanggan
-
Memahami kepentingan bahasa tubuh, nada suara dan empati dalam perkhidmatan
-
Memupuk budaya kerja yang mesra, responsif dan berintegriti
Sepanjang dua hari kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan sesi teori dan latihan praktikal termasuk simulasi situasi sebenar (role play), perbincangan kumpulan serta aktiviti interaktif yang menekankan pendekatan komunikasi berkesan. Peserta turut diberi pendedahan mengenai kepentingan pengurusan emosi dalam menangani pelanggan yang pelbagai latar belakang dan situasi.
Penganjuran Kursus Customer Service Communication Siri 1 ini mencerminkan komitmen JKNS dalam memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan memuaskan. Kecekapan komunikasi yang baik bukan sahaja meningkatkan imej jabatan, malah turut menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan positif kepada pengguna perkhidmatan keretapi di negeri Sabah.
Diharapkan agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini dapat diaplikasikan secara berterusan dalam tugasan harian, selaras dengan aspirasi JKNS untuk menjadi organisasi pengangkutan rel yang unggul dan berorientasikan pelanggan.