Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman Web Rasmi

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Visi, Misi & Objektif

Visi

Untuk menjadi mod pilihan utama pengangkutan awam menjelang tahun 2030..

Misi

Menyediakan perkhidmatan rel moden yang efisien, boleh dipercayai, kompetitif, selesa dan selamat untuk penumpang, barangan, ternakan dan hasil pertanian melalui proses pembangunan organisasi & pemodenan model insan dan pemodenan aset yang berterusan.

Objektif

Menyediakan dan menaiktaraf kemudahan sistem perkhidmatan rel yang dapat memenuhi kehendak rakyat selaras dengan halatuju pembangunan negeri sebagai satu tanggungjawab kerajaan.

Menaiktaraf sosioekonomi ke kawasan yang mempunyai perkhidmatan rel melalui kemudahan pengangkutan keretapi yang murah dan cekap.

Mempromosikan perkhidmatan keretapi dan lokasi yang menarik sepanjang laluan sebagai produk pelancongan.

Menghubungkan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur dengan perkhidmatan rel.

Meningkatkan dan mempelbagaikan pungutan hasil melalui perkhidmatan rel, pembangunan dan penyewaan aset keretapi.

Memberikan pilihan pengangkutan alternatif yang lebih murah, efisien, selamat dan selesa.

Alamat Kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel : 088-279300 Fax : 088-279319

Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.