Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman Web Rasmi

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Profil Unit Perolehan

Visi

Menjadi unit yang cekap, berkesan dan sistematik dalam pengurusan perolehan   serta berintegriti ke arah mencapai tadbir urus terbaik.

Misi

Unit Perolehan komited untuk mewujudkan perkhidmatan pengurusan Perolehan yang terbaik dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan, ketelusan , akauntabiliti dan integriti.

Objektif

Memastikan semua perolehan Jabatan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Jabatan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan, secara telus serta memastikan tidak berlakunya pembaziran, penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa.

Fungsi Utama

Mengawal penyediaan PESANAN KERAJAAN (PK) JBN 53.

Menyediakan sebutharga mengikut cadangan/spesifikasi daripada bahagian/unit untuk pembelian terus dibawah RM20,000.00.

Mengeluarkan borang dan notis sebutharga untuk RM20,000.00 hingga RM250,000.00.

Menyediakan tender mengikut cadangan/spesifikasi daripada bahagian untuk jumlah RM250,001.00 ke atas.

Mengeluarkan borang dan notis tender untuk jumlah RM250,001.00 hingga keatas.

Menyediakan surat ke Kementerian Kewangan seperti:-

•     Pengecualian sebutharga/tender.

•   Permohonan pembelian khas yang mengunakan peruntukan  daripada Kementerian Kewangan.

•     Permohonan kelulusan untuk kerja-kerja kecemasan.

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran

1.  Memproses cadangan perolehan dari setiap bahagian dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

2.  Menyemak semua bil/tuntutan dalam tempoh 3 hari dari tarikh dokumen sokongan yang lengkap diterima daripada semua bahagian untuk dikemukakan ke bahagian Akaun untuk pemprosesan pembayaran.

Alamat Kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel : 088-279300 Fax : 088-279319

Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.