1 hingga 5 hari bekerja sekiranya dokumen lengkap dan teratur.
Untuk mematuhi A.P. 103, tuntutaan hendaklah dikemukakan dengan segera dan bayaran perlu dibuat tidak lewat dari 7 hari bekerja dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.
Langkah ini disediakan oleh bahagian yang terlibat
a) Sediakan skop dan spesifikasi serta anggaran kerja.
b) Sediakan borang ‘Permohonan Memanggil Sebutharga’ dengan lengkap di ruang yang berkenaan.
c) Kemukakan ke Bahagian Akaun
Bahagian Akaun akan melakukan perkara-perkara berikut:
a) Periksa baki peruntukan dan rekod liabiliti.
b) Tandatangan borang diruang yang ditetapkan.
c) Kemukakan borang kepada Pengurus Besar.
Pengarah akan...
a) Menetapkan sama ada permohonan diberikan status Lulus/Tidak Lulus.
b) Menyerahkan kepada Pembantu Khas (PA) untuk diserahkan kembali kepada Bahagian yang terlibat.
Bahagian yang terlibat akan...
a) Menyediakan dokumen sebutharga jika diluluskan
b) Mengambil tindakan terhadap teguran jika tidak diluluskan
c) Membuat tawaran sebutharga melalui iklan/notis.
Jawatankuasa Sebutharga akan…
a) Menyediakan dokumen pembukaan dan keputusan sebutharga.
b) Membuka sebutharga dan menyemak dokumen yang dikemukakan
c) Mengemukakan dokumen kepada Jawatankuasa Teknikal Sebutharga untuk penilaian.
d) Menerima kembali analisa sebutharga dari Jawatankuasa Penilaian.
e) Membuat keputusan.
f) Mengeluarkan surat lantikan kepada Penyebutharga yang berjaya.
Kemukakan Lampiran A dan B serta dokumen sebutharga kepada Bahagian Akaun.
Sediakan Perintah Kerja Am (PKA) dimana PKA akan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan Kontraktor yang berjaya.
Kerja dimulakan mengikut skop dan spesifikasi yang ditetapkan.
Kerja siap, syarikat kemukakan tuntutan/bil/invois.
Bahagian yang terlibat melakukan yang berikut...
a) Kerja yang dituntut diperiksa dan pengesahan kerja siap dibuat oleh pegawai berkenaan.
b) Pegawai berkuasa dan kontraktor tandatangan PKA.
Kemukakan tuntutan kepada Pengurus Besar untuk kelulusan pembayaran.
Sediakan baucar bayaran.
Nota:
a) Bagi Kerja/Perkhidmatan/Perbekalan yang bernilai di atas RM50,000.00 perlu sediakan dan menandatangani kontrak mengikut format yang ditetapkan (bukan PKA) yang disediakan oleh Bahagian yang terlibat.
b) Sekiranya Waran Peruntukan bukan daripada peruntukan jabatan sedia ada (Contoh daripada MOT/MOF) Waran Peruntukan perlu dikemukakan ke Bahagian Akaun dengan serta merta apabila diterima oleh jabatan ini untuk kemaskini SISVOT.
Alamat Kami:
Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300 Fax : 088-279319
Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.