Visi, Misi & Objektif

Visi, Misi & Objektif

Hala tuju Jabatan Keretapi Negeri Sabah berpaksikan satu matlamat — menjadikan perkhidmatan rel pilihan pengangkutan awam yang utama di negeri ini.

Visi

Mod pilihan utama menjelang 2030

Untuk menjadi mod pilihan utama pengangkutan awam menjelang tahun 2030.

Misi

Perkhidmatan rel moden dan selamat

Menyediakan perkhidmatan rel moden yang efisien, boleh dipercayai, kompetitif, selesa dan selamat untuk penumpang, barangan, ternakan dan hasil pertanian melalui proses pembangunan organisasi dan pemodenan modal insan serta aset yang berterusan.

Objektif Jabatan

Lima objektif berikut menterjemahkan visi dan misi kepada tindakan harian jabatan.

  1. Menaiktaraf sosioekonomi kawasan yang mempunyai perkhidmatan rel melalui kemudahan pengangkutan keretapi yang murah dan cekap.
  2. Menyediakan dan menaiktaraf kemudahan sistem perkhidmatan rel yang memenuhi kehendak rakyat selaras dengan halatuju pembangunan negeri.
  3. Mempromosikan perkhidmatan keretapi dan lokasi menarik sepanjang laluan sebagai produk pelancongan.
  4. Menghubungkan kawasan yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur dengan perkhidmatan rel.
  5. Memberikan pilihan pengangkutan alternatif yang lebih murah, efisien, selamat dan selesa.