Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman Web Rasmi

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Profil Bahagian Stor

Latar Belakang

Bahagian Stor membantu melicinkan perjalanan pentadbiran Jabatan Keretapi Negeri Sabah.


Bahagian Stor mempunyai kakitangan seramai 17 orang yang diketui oleh seorang pegawai N29 yang digelar Penolong Penguasa Stor. Beliau dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Gred N22 , dan 8 orang Pembantu Rendah Awam N11 .


Bahagian Stor hanya terdapat di Ibu pejabat , Tanjung Aru, dan juga di Depoh Kinarut. Bangunan Bahagian Stor terbahagi kepada dua bahagian.


i) Pejabat Am

ii) Stor tempat menyimpan barang-barang stok

Objektif

1) Memastikan semua barangan, alat-alat ganti, alat-alat tulis Jabatan Keretapi Negeri Sabah dapat dibekalkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menurut spesifikasi, kuantiti dan kualiti yang dikehendaki.


2) Memastikan semua barangan, alat-alat ganti, alat-alat tulis dan kelengkapan pejabat yang diletakkan di bawah kawalan dan jagaan Bahagian Stor sentiasa terpelihara keselamatan serta kualitinya.


3) Memastikan semua permohonan penggunaan kenderaan jabatan oleh semua bahagian dan stesen di Jabatan Keretapi Negeri SAbah untuk menjalankan tugas rasmi dapat dipenuhi mengikut keutamaan.

Alamat Kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel : 088-279300 Fax : 088-279319

Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.