Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman Web Rasmi

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Profil Bahagian Pentadbiran

Latar Belakang

Bahagian Pentadbiran merupakan nadi pengurusan keseluruhan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan juga merupakan antara bahagian terawal yang ditubuhkan seiring dengan perjalanan dan pembangunan operasi perkhidmatan keretapi.

Peranan Bahagian Pentadbiran bukan sahaja terhad kepada urusan personel dan sumber manusia, tetapi juga meliputi hal ehwal pengurusan pejabat secara keseluruhan, centralised bagi pelaksanaan dasar-dasar awam, mengurus prestasi kakitangan, tindakan disiplin dan tatatertib, urusan pejabat dan kelengkapan, pengurusan fail dan rekod, pengurusan aset, pinjaman kerajaan, keselamatan, insurans, perubatan, kebajikan pekerja, penggunaan ICT, pakaian seragam dan sebagainya.

Untuk memastikan Bahagian Pentadbiran beroperasi dengan lancar, teratur dan efisien dalam pengurusan dalamannya, bahagian ini telah dibahagikan kepada empat unit utama, iaitu:

(1) Perkhidmatan

(2) Perjawatan

(3) Latihan & Korporat

(4) ICT & Multimedia

Setiap unit mempunyai fungsi, bidang dan tanggung jawab tertentu yang menjurus ke arah menjayakan pelaksanaan objektif, fungsi dan Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran pada keseluruhannya. Fungsi-fungsi ini semakin bertambah dari masa ke semasa seiring dengan pembaharuan dasar dan polisi pihak kerajaan. Pada masa kini, Bahagian Pentadbiran diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Tadbir, Gred N44.

Objektif

(1) Memastikan pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang cekap dan relevan untuk semua kakitangan JKNS.

(2) Memberikan khidmat pengurusan pentadbiran yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.

Fungsi Utama

(1) Mengurus hal ehwal personel dan perjawatan kakitangan.

(2) Menguruskan pembangunan sumber manusia.

(3) Pengurusan dan pentadbiran pejabat secara keseluruhan.

(4) Pengurusan fail dan rekod.

(5) Pengurusan program ICT & Multimedia.

(6) Menyelaras kan program kualiti dan produktiviti serta program-program rasmi jabatan.

(7) Mengawal selia aduan dan maklum balas pelanggan.

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran

Kami berjanji akan:

(1) Memproses permohonan berkaitan pelanjutan tempoh percubaan, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen dan syor memangku, menanggung berserta dokumen yang lengkap dalam masa tujuh (7) hari waktu bekerja sebelum dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan JPAN.

(2) Menyampai kan keputusan berkaitan permohonan perjawatan daripada SPANS/JPANS kepada kakitangan dalam masa lima (5) hari waktu bekerja.

(3) Memproses permohonan pinjaman kerajaan sehingga diluluskan oleh Ketua Jabatan dalam masa 14 hari waktu bekerja.

(4) Memberi maklum balas terhadap aduan daripada pelanggan (bertulis/lisan) dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja.

(5) Melaksana kan kursus (dalaman/luaran) yang telah diluluskan oleh Ketua jabatan dalam masa 14 hari waktu bekerja.

(6) Mengemas kini maklumat dalam SM2 dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja setelah maklumat dalam buku perkhidmatan diterima.

(7) Menyampai kan keputusan sebut harga dan tender dalam masa lima (5) hari waktu bekerja.

(8) Memohon cuti dalam tempoh tiga (3) hari sebelum bercuti.

Alamat Kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel : 088-279300 Fax : 088-279319

Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.