Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman Web Rasmi

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Profil Bahagian Lalulintas

Latar Belakang

Bahagian ini adalah penggerak utama dalam operasi perkhidmatan keretapi berjadual dan sewa khas serta mengutip hasil pendapatan harian.


Antara punca hasil pendapatan adalah dari aktiviti jualan tiket keretapi biasa dan sewa khas, kiriman bungkusan/ barangan dan pengiriman haiwan ternakan.

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan keretapi ini beroperasi sejauh 134 kilometer bermula dari Stesen Sekretariat, Tg. Aru, Putatan, Kinarut, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Beaufort, Saliwangan Baru, Halogilat, Rayoh, Pangie dan Tenom dan mempunyai seramai 134 orang kakitangan.

Fungsi Utama

1-Menyediakan perkhidmatan keretapi penumpang, barang dan sewa khas kepada orang ramai.


Aktiviti:


Menyediakan Jadual Perkhidmatan

Menguat kuasakan pembatalan perkhidmatan

Menyediakan dan membuat laporan kemalangan/kegelinciran

Menangani aduan orang ramai.


2-Memungut hasil daripada pembekalan perkhidmatan keretapi.


Aktiviti:


Jualan tiket

Pengiriman barang dan bungkusan

Block line

Sewa khas/ Konsesi


3-Menguatkuasa undang-undang dan peraturan Lalulintas.


Aktiviti:


Sistem semboyan

Mengawal Sistem Komunikasi (Radiophone/Tetra) dan kawal selia.

Line clear / caution order/ crossing order.

Keselamatan diri di landasan.

Alamat Kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel : 088-279300 Fax : 088-279319

Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.