Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman Web Rasmi

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Profil Bahagian Kejuruteraan Jentera

Latar Belakang

Bahagian Kejuruteraan Jentera mempunyai 10 unit yang terbahagi kepada 2 bahagian kecil iaitu bahagian Powered Passenger & Locomotive dan bahagian Non Powered Passenger & Freight. Unit-unit yang tertakluk di dalam bahagian Powered Passenger & Locomotive ialah Unit Mekanik, Unit Fitting & Erecting, dan Unit Pengendalian Tanjung Aru, Unit Pengendalian Beaufort dan Unit Pengendaian Tenom. Unit yang tertakluk di dalam Non Powered Passenger & Freight ialah Unit Elektrik, Unit Boiler, dan Unit Carriage & Wagon . Manakala Unit Pelan dan Unit Perkeranian adalah masing-masing berasingan.


Bahagian Kejuruteraan Jentera di ketuai oleh Ketua Jurutera Jentera, En.MD Zainin Bin MD Layer, Jurutera Jentera Gred J44 berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau di bantu oleh seorang Jurutera Gred J41, En.Wellson Bahoi berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya dan dibantu oleh 107 kakitangan pelbagai jawatan.

Objektif

(1) Memastikan pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang cekap dan relevan untuk semua kakitangan JKNS.

(2) Memberikan khidmat pengurusan pentadbiran yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.

Fungsi Utama

Mengurus perolehan stokereta

Mengurus penyelenggaraan stokereta

Mengurus pengoperasian stokereta

Mengurus pembersihan stokereta

Mengurus penyelenggaraan sistem semboyan, komunikasi dan sistem PABX

Mengurus penyelenggaraan mesin-mesin dan kelengkapan kejuruteraan jentera

Mengurus pengawalan stok dan penggunaan bahanapi diesel

Mengurus pengendalian kerja-kerja kecemasan kegelinciran atau kemalangan

Mengurus pengendalian kerja-kerja kecemasan kerosakan


Visi

Menjadi sebuah pasukan penyedia perkhidmatan kejuruteraan, penyenggaraan dan pengendalian stokereta yang disegani bertaraf dunia

Misi

Memastikan perkhidmatan keretapi dapat beroperasi dengan cekap, selesa dan selamat

Stuktur Organisasi Bahagian Kejuruteraan Jentera

Bahagian Powered Passenger & Locomotive

Unit Mekanik

Unit Fitting & Erecting

Unit Pengendalian Tanjung Aru

Unit Pengendalian Beaufort

Unit Pengendaian Tenom

Bahagian Non Powered Passenger & Freight

Unit Elektrik

Unit Boiler

Unit Carriage & Wagon

Bahagian Lain

Unit Pelan

Unit Perkeranian

Fungsi Unit Elektrik

Melaksanakan kerja penyenggaraan komponen sistem elektrik semua jenis stokereta (lokomotif utama, pelangsir, DMU, Railbus, Railcar dan gerabak penumpang)

Penyenggaraan sistem semboyan dan Komunikasi

Sistem PABX (Private automatic Branch exchange)

Kerja-kerja kecemasan kerosakan, kegelinciran dan kemalangan

Fungsi Unit Mekanik

Penyenggaraan komponen sistem mekanikal semua jenis stokereta (lokomotif utama, pelangsir, DMU, Railbus, Railcar dan gerabak penumpang)

Kerja-kerja kecemasan kerosakan, kegelinciran dan kemalangan

Fungsi Unit Fitting & Erecting

Penyenggaraan sistem bogie, angin dan vakum stokereta (lokomotif utama, pelangsir, DMU, Railbus, Railcar dan gerabak penumpang)

Kerja-kerja kecemasan kerosakan, kegelinciran dan kemalangan

Fungsi Unit Boiler

Kerja-kerja kimpalan dan pertukangan besi untuk semua jenis stokereta (lokomotif utama, pelangsir, DMU, Railbus, Railcar dan gerabak penumpang)

Kerja-kerja kecemasan kerosakan, kegelinciran dan kemalangan

Fungsi Unit Carriage & Wagon

Penyenggaraan ketukangan gegas & tanggam kayu untuk semua jenis stokereta (lokomotif utama, pelangsir, DMU, Railbus, Railcar dan gerabak penumpang)

Kecemasan kerosakan, kegelinciran dan kemalangan

Fungsi Unit Pengendalian Tanjung Aru

Menjalankan tugas pengendalian dan pemanduan semua jenis stokereta

pengawalan penggunaan bahanapi oleh stokereta untuk kegunaan perkhidmatan keretapi

Memantau kerja pembersihan stokereta

Penyenggaraan semua jenis stokereta

Fungsi Unit Pengendalian Beaufort

Menjalankan tugas pengendalian dan pemanduan semua jenis stokereta

pengawalan penggunaan bahanapi oleh stokereta untuk kegunaan perkhidmatan keretapi.

Memantau kerja pembersihan stokereta.

Penyenggaraan semua jenis stokereta.

Fungsi Unit Pengendalian Tenom

Menjalankan tugas pengendalian dan pemanduan semua jenis stokereta

pengawalan penggunaan bahanapi oleh stokereta untuk kegunaan perkhidmatan keretapi.

Memantau kerja pembersihan stokereta.

Penyenggaraan semua jenis stokereta.

Fungsi Unit Pejabat Pelan

Menyedia dan menyimpan lukisan kejuruteraan jentera

Fungsi Unit Perkeranian

Menguruskan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran am pejabat

Alamat Kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel : 088-279300 Fax : 088-279319

Polisi Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail suara, fail video, susunan strukturnya, kod sumber serta semua aspek yang lain adalah hak cipta Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam laman web ini akan diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipamer, dihasilkan semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diperdagang dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan. Tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima atas ketepatan, kelengkapan, atau kesesuaian pada maklumat bagi maksud pengguna. Bagi sesiapa yang mengguna maklumat untuk apa-apa sahaja tujuan adalah dinasihatkan untuk mendapat pengesahan daripada jabatan dan agensi berkaitan, atau sumber yang betul.