[NOTIS] Makluman Berkenaan Perkhidmatan Harian ke Stesen Sembulan/Sekretariat

Salam sejahtera kepada semua penumpang keretapi yang disayangi sekalian.
 
Bermula hari ini (3 Mac 2024), perkhidmatan keretapi akan sampai dan berhenti di Stesen Tg. Aru sahaja bagi memberi ruang kerja-kerja penyelenggaran landasan dibuat di Stesen Sembulan sehingga selesai.
 
Perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh Syarikat Luen Thung Sdn Bhd akan menunggu penumpang keretapi di Stesen Tg Aru yang ingin ke bandar Kota Kinabalu. Pergerakan bas hanya dari Stesen Tg. Aru ke Stesen Sembulan dan seterusnya mengikut jadual bas sedia ada.
 
Perubahan masa:
 
Isnin hingga Ahad:
 
PS101 Tanjung Aru - Beaufort
Jam 8.00am
 
PS104 Tanjung Aru - Beaufort
Jam 5.45pm
 
Ahad
PS104 Tanjung Aru - Beaufort
Jam 5.15pm
 
Masa pergerakan lain-lain perkhidmatan keretapi bagi laluan sepanjang Beaufort ke Tg. Aru adalah tidak berubah.
Nantikan makluman keretapi dari semasa ke semasa.
 
Ikuti segala kemaskini berkenaan notis ini di Facebook kami: Jabatan Keretapi Negeri Sabah
 
Terima kasih.

WAKTU PEJABAT

Hari Bekerja: Isnin - Jumaat
Masa Bekerja: 8.00 AM - 5.00 PM
Waktu Rehat:
Isnin - Khamis: 1.00 PM - 2.00PM
Jumaat: 11.30 AM - 2.00PM
Cuti: Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

LOKASI KAMI

Penafian:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk apa-apa tujuan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan atau sumber yang betul.