Latarbelakang

Sejarah penubuhan perkhidmatan keretapi di Negeri Sabah bermula sejak zaman British North Borneo Chartered Company (BNBCC) lagi.Perkhidmatan keretapi telah dicadangkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan BNBCC ketikaitu, iaitu William Clarke Cowie.

Hasilnya pada tahun 1896, pembinaan landasan keretapi dari Beaufort ke Weston bermula yang diketuaioleh Arthur J. West, seorang Jurutera Awam Inggeris. Selain menghubungkan bahagian timur dan barat di sebelah Utara Borneo, permbinaannya adalah bagi membantu membangunkan industri getah dan tembakau yang ditanam di daerah pendalaman seperti Melalap, Tenomdan Beaufort. Perkhidmatan keretapi yang digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman ini ke pelabuhan di Kota Kinabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara.

JKNS (North Borneo Railway pada waktu itu) ditubuhkan dengan rasminya pada 01 Ogos 1914 melalui Chapter 116 of The Ordinance of North Borneo. Pada masa kini, JKNS diketuai oleh Pengurus Besar dan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Pentadbiran, Akaun, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Lalu lintas dan Stor. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian dari Gred 41 – 48. Sehingga tahun 2012, JKNS mempunyai 427 kakitangan.

Sejarah JKNS

1896 – Pembinaan landasan keretapi Sabah yang pertama bermula di Bukau yang diketuai oleh Jurutera Inggeris, Arthur J. West.  Landasan sepanjang 32 km dibina dari Beaufort ke Weston dan siap sepenuhnya pada tahun 1900.

Stesen Keretapi pertama di Bukau -1896

 

Enjin berkuasa wap zaman British North Borneo – 1900

Enjin berkuasa wap zaman British North Borneo dari daerah pedalaman menuju ke Jesselton (Kota Kinabalu) dengan membawa hasil-hasil tanaman sekitar tahun 1900an

1900 – Landasansepanjang 37 km dari Beaufort ke Weston

Stesen Beaufort

 

 

 1902 – Landasansepanjang83 kmdari Beaufort keJesselton (Kota Kinabalu)

PejabatKeretapi di Jesselton – 1902

 1905 – Landasan sepanjang 48 km dari Beaufort ke Tenom

Stesen Beaufort

 

Stesen Tenom

 1906 – Landasan sepanjang 16 km dari Tenom ke Melalap

Stesen Melalap

 

Pemandangan landasan keretapi di Jesselton 1900an

 

Sajak istimewa dituju kepada Keretapi

 

Keretapi British North Borneo 1900an. Peta menunjukkan cadangan penambahan landasan keretapi dari Beaufort ke Cowie Harbour (Tawau)

 

Kemusnahan Stesen Jesselton semasa Perang Dunia Kedua (1941-1945)

 

Reel jeep yang digunakan semasa penjajahan Jepun

 

Jesselton selepas Perang Dunia Kedua (1945)

Perbandingan kedudukan Sto kereta sebelum & selepas Perang Dunia Kedua

 

1941

1949

Lokomotif Kuasa Wap

21

4

Relkar

8

4

Gerabak am

156

144

Gerabak penumpang

36

18