LATAR BELAKANG

Bahagian Stor Adalah merupakan unit yang paling kecil bagi membantu melicinkan perjalanan pentadbiran Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Unit Stor mempunyai kakitangan seramai 17 orang yang diketui oleh seorang pegawai N29 yang digelar Penolong Penguasa Stor. Beliau dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Gred N22 ,  dan 8 orang Pembantu Rendah Awam N11 .

Unit  Stor hanya terdapat di Ibu pejabat , Tanjung Aru, dan juga di Depoh Kinarut. Bangunan Unit Stor terbahagi kepada dua bahagian.

i)    Pejabat Am

ii)   Stor tempat menyimpan barang-barang stok

 

OBJEKTIF UNIT STOR

1)   Memastikan semua barangan, alat-alat ganti, alat-alat tulis Jabatan Keretapi Negeri Sabah dapat dibekalkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menurut spesifikasi, kuantiti dan kualiti yang dikehendaki.

2)  Memastikan semua barangan, alat-alat ganti, alat-alat tulis dan kelengkapan pejabat yang diletakkan di bawah kawalan dan jagaan Bahagian Stor sentiasa terpelihara keselamatan serta kualitinya.

3)   Memastikan semua permohonan penggunaan kenderaan jabatan oleh semua bahagian dan stesen di Jabatan Keretapi Negeri SAbah untuk menjalankan tugas rasmi dapat dipenuhi mengikut keutamaan.