LATAR BELAKANG BAHAGIAN LALULINTAS

  • Bahagian ini adalah penggerak utama dalam operasi perkhidmatan keretapi berjadual dan sewa khas serta mengutip hasil pendapatan harian. Antara punca hasil pendapatan adalah dari aktiviti jualan tiket keretapi biasa dan sewa khas, kiriman bungkusan/ barangan dan pengiriman haiwan ternakan.
  • Perkhidmatan keretapi ini beroperasi  sejauh 134 kilometer bermula dari Stesen Sekretariat,  Tg. Aru, Putatan, Kinarut, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Beaufort, Saliwangan Baru, Halogilat, Rayoh, Pangie dan Tenom dan mempunyai seramai 134 orang kakitangan.
 

STESEN-STESEN KERETAPI

 

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN LALULINTAS 

  1. Menyediakan perkhidmatan keretapi penumpang, barang dan sewa khas kepada orang ramai.

Aktiviti:

    • Menyediakan Jadual Perkhidmatan
    • Menguatkuasakan pembatalan perkhidmatan
    • Menyediakan dan membuat laporan kemalangan/kegelinciran
    • Menangani aduan orang ramai.
  1. Memungut hasil daripada pembekalan perkhidmatan keretapi.

Aktiviti:

    • Jualan tiket
    • Pengiriman barang dan bungkusan
    • Block line
    • Sewa khas/ Konsesi
  1. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan Lalulintas.

Aktiviti:

    • Sistem semboyan
    • Mengawal Sistem Komunikasi (Radiophone/Tetra) dan kawal selia.
    • Line clear / caution order/ crossing order.
    • Keselamatan diri di landasan.