LATAR BELAKANG

Bahagian Pentadbiran merupakan nadi pengurusan keseluruhan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan juga merupakan antara bahagian terawal yang ditubuhkan seiring dengan perjalanan dan pembangunan operasi perkhidmatan keretapi.

Peranan Bahagian Pentadbiran bukan sahaja terhad kepada urusan personel dan sumber manusia, tetapi juga meliputi hal ehwal pengurusan pejabat secara keseluruhan, centralised bagi pelaksanaan dasar-dasar awam, mengurus prestasi kakitangan, tindakan disiplin dan tatatertib, urusan pejabat dan kelengkapan, pengurusan fail dan rekod, pengurusan aset, pinjaman kerajaan, keselamatan, insurans, perubatan, kebajikan pekerja, penggunaan ICT, pakaian seragam dan sebagainya.

Untuk memastikan Bahagian Pentadbiran beroperasi dengan lancar, teratur dan efisien dalam pengurusan dalamannya, bahagian ini telah dibahagikan kepada lima unit utama, iaitu:

(1) Perkhidmatan & Perjawatan
(2) Pentadbiran Am
(3) Latihan & Inovasi
(4) ICT & Multimedia
(5) Pengurusan Aset

Setiap unit mempunyai fungsi, bidang dan tanggungjawab tertentu yang menjurus kearah menjayakan pelaksanaan objektif, fungsi dan Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran pada keseluruhannya. Fungsi-fungsi ini semakin bertambah dari masa ke semasa seiring dengan pembaharuan dasar dan polisi pihak kerajaan.

Pada masa kini, Bahagian Pentadbiran diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Tadbir, Gred N44 dengan dibantu oleh seorang Pegawai Tadbir (pinjaman daripada JPAN) Gred N41 dan dua orang Penolong Pegawai Tadbir, Gred N27. Bahagian Pentadbiran juga mempunyai sembilan orang Pegawai dan dibantu oleh empat belas anggota untuk menggerakkan jentera pengurusan pentadbiran berdasarkan fungsi unit masing-masing.

  

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang cekap dan relevan untuk semua kakitangan JKNS
  • Memberikan khidmat pengurusan pentadbiran yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan