1.

:

Berapa lama baucar bayaran bagi tuntutan diproses ?.

 

 

:

1 hingga 5 hari bekerja sekiranya dokumen lengkap dan teratur.

 

2.

:

Bilakah tarikh akhir penerimaan borang atau penyata tuntutan ?.

 

 

:

2.1       Bayaran Am

Untuk mematuhi  A.P. 103, tuntutaan hendaklah dikemukakan dengan segera dan bayaran perlu dibuat tidak lewat dari 7 hari bekerja dari terikh ianya diterima denga lengkap dan sempunra.

 

 

 

2.2            Bayaran Tuntutan Perjalanan

Untuk mematuhi  A.P. 100 (a) semua baucar perlu dikemukakan kepada Jabatan Bendahari Negeri tidak lewat dari 10hb pada bulan berikutnya,  Oleh itu tarikh akhir penerimaan borang tuntutan di Bahagian Akaun ialah tidak lewat dari 5 haribulan pada bulan berikutnya atau mengikut jadual sekiranya ada pekeliling dikeluarkan.

 

3.

:

Apakah maksud Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa?

 

 

 

Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa adalah bagi kerja-kerja rasmi/hakiki seseorang kakitangan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am dan tidak diberikan Cuti Gantian. Seseorang yang telah diberi Cuti Gantian tidak layak menuntut Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa.

 

5.

:

Bagaimana proses kerja untuk permohonan melaksana kerja.

 

 

1.

Bagi Anggaran RM50,000.00 ke bawah.

Bahagian yang terlibat

a)      Sediakan skop dan spesifikasi serta anggaran kerja.
b)      Sediakan borang ‘Permohonan Memanggil Sebutharga’ dengan lengkap diruang yang berkenaan.

c)      Kemukakan ke Bahagian Akaun

 

 

2.

Bahagian Akaun

a)      Periksa baki peruntukan dan rekod liabiliti.
b)      Tandatangan borang diruang yang ditetapkan.
c)      Kemukakan borang kepada Pengurus Besar.

 

 

3.

Pengurus Besar

a)      Lulus/Tidak lulus permohonan.
b)      Serahkan kepada Pembantu Khas (PA) untuk diserahkan kembali kepada  Bahagian yang terlibat.

 

 

4.

Bahagian yang terlibat.

a)      Sediakan dokumen sebutharga jika diluluskan
b)      Ambil tindakan terhadap teguran jika tidak diluluskan
c)      Buat tawaran sebutharga melalui iklan/notis.

 

 

5.

Jawatankuasa Sebutharga

a)      Sediakan dokumen pembukaan dan keputusan sebutharga.
b)      Buka sebutharga dan semak dokumen yang dikemukakan
c)      Kemukakan dokumen kepada Jawatankuasa Teknikal Sebutharga untuk penilaian.
d)     Terima kembali analisa sebutharga dari Jawatankuasa Penilaian.
e)      Buat keputusan.
f)       Keluarkansuratlantikan kepada Penyebutharga yang berjaya. 

 

 

6.

Kemukakan Lampiran A dan B serta dokumen sebutharga kepada Bahagian Akaun.

 

 

7.

Sediakan Perintah Kerja Am (PKA) dimana PKA akan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan Kontraktor yang berjaya.

 

 

8.

Kerja dimulakan mengikut skop dan spesifikasi yang ditetapkan.

 

 

9.

Kerja siap, syarikat kemukakan tuntutan/bil/invois.

 

 

10.

Bahagian yang terlibat

a)      Kerja yang dituntut diperiksa dan pengesahan kerja siap dibuat oleh pegawai berkenaan.
b)      Pegawai berkuasa dan kontraktor tandatangan PKA.

 

 

11.

Kemukakan tuntutan kepada Pengurus Besar untuk kelulusan pembayaran.

 

 

12.

Sediakan baucar bayaran.

 

 

 

Tamat

 

 

 

Nota:

a)      Bagi Kerja/Perkhidmatan/Perbekalan yang bernilai di atas RM50,000.00 perlu sediakan dan menandatangani kontrak mengikut format yang ditetapkan (bukan PKA) yang disediakan oleh Bahagian yang terlibat.

b)      Sekiranya Waran Peruntukan bukan daripada peruntukan jabatan sediaada (Contoh daripada MOT/MOF)  Waran Peruntukan perlu dikemukakan ke Bahagian Akaun dengan serta merta apabila diterima oleh  jabatan ini untuk kemaskini SISVOT.