LATAR BELAKANG

Penubuhan Bahagian Akaun adalah untuk mengurus kewangan dan perakaunan Jabatan berdasarkan kepada peraturan dan arahan yang berkuatkuasa yang telah ditetapkan untuk meningkatkan taraf kewangan dan akauntabiliti di jabatan dengan memastikan bahawa setiap peruntukan terkandung dalam Arahan Perbendaharaan, Akta Kewangan dan lain-lain arahan yang dikeluarkan dari semasa, berkaitan dengan pengawalan kewangan, dari segi hasil dan perbelanjaan adalah dipatuhi dengan sepenuhnya.

 

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan taraf kewangan dan akauntabiliti di jabatan dengan memastikan bahawa setiap peruntukan terkandung dalam Arahan Perbendaharaan, Akta Kewangan dan lain-lain arahan yang dikeluarkan dari semasa, berkaitan dengan pengawalan kewangan, dari segi hasil dan perbelanjaan adalah dipatuhi dengan sepenuhnya.

 

FUNGSI UTAMA

(1) Mengumpul dan menyusun cadangan anggaran perbelanjaan tahunan

(2) Menyediakan baucar bayaran

(3) Mengurus pembayaran gaji bulanan

(4) Mengumpul dan menyusun cadangan anggaran hasil

(5) Menyediakan penyata penyesuaian akaun bulanan

(6) Menyediakan laporan kewangan

(7) Mengakaun pungutan hasil