Selamat datang ke laman sesawang Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengisi ruangan ini di dalam laman sesawang Jabatan Keretapi Negeri Sabah.  Jabatan Keretapi Negeri Sabah  merupakan salah satu jabatan yang diletakkan di bawah portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah (KPI).  Jabatan ini berfungsi sebagai sebuah jabatan yang mengendalikan pengangkutan keretapi dan memainkan penting sebagai medium pengangkutan utama. Sebagai jabatan pengangkutan keretapi yang terulung di Sabah kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan yang cemerlang khususnya untuk masyarakat di negeri ini.

Berlandaskan kepada sistem pengangkutan utama di negeri ini,  jabatan ini berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berupaya untuk memenuhi keperluan semasa. Perkhidmatan pengangkutan keretapi yang ditawarkan bertepatan dengan senario dan cabaran perubahan struktur sosio-ekonomi semasa yang  telah menimbulkan beberapa cabaran dalam sistem pengangkutan khususnya pergantungan untuk tujuan pengangkutan hasil pertanian, bahan makanan, bahan mentah, orang awam dan sebagainya yang meningkat akibat pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan sekitaran di negeri ini.

Saya amat berharap laman sesawang  ini dapat menyumbang kepada semua pengunjung dan pihak berkepentingan dalam mengenali perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.  Harapan saya juga ianya dapat membantu memberi maklumat yang lebih jelas kepada semua pelawat serta orang ramai untuk mendapat maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan di Jabatan Keretapi Negeri Sabah termasuklah aktiviti pembangunan dan sebagainya.

Saya harap laman sesawang ini akan terus memberi panduan berguna kepada mereka yang melayarinya dan saya yakin semua pegawai Jabatan Keretapi Negeri Sabah sentiasa komited dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama membantu anda. Jabatan Keretapi Negeri Sabah sedang menuju ke tahap yang lebih moden dan akan menjadi sebuah jabatan pengangkutan terbaik di negeri ini.  Bagi memantapkan mutu dan pengurusan perkhidmatan di jabatan ini anda dialu-alukan untuk memberikan komen dan cadangan kepada kami melalui saluran yang disediakan.

Selamat melayari laman sesawang ini.

Sekian dan terima kasih.

Moving Towards Change

 

LEONARD STEPHEN POYONG
PENGARAH
JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH