Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa talian telefon JKNS iaitu 088-279 300 mengalami kerosakan pada masa ini. Sila hubungi bahagian yang berkenaan secara terus sekiranya mempunyai sebarang urusan. Berikut merupakan nombor talian telefon yang boleh dihubungi:-

Pejabat Pengurus Besar (P.A Pengurus Besar) - 088-279 488
Bahagian Pentadbiran (Ketua Pegawai Tadbir) - 088-279 456
Bahagian Akaun (Akauntan) - 088-276 366
Bahagian Lalulintas (Penguasa Lalulintas) - 088-279399
Bahagian Kejuruteraan Awam (Ketua Jurutera Awam) - 088-279 333
Bahagian Bahagian Kejuruteraan Jentera (Ketua Jurutera Jentera) - 088-279 322
Unit Korporat & Komunikasi (Pegawai Perhubungan Awam) - 088-279 444
Stesen Tanjung Aru (Ketua Stesen) - 088-279 330

Sekian dan terima kasih.
Dimaklumkan bahawa nombor talian faks JNS yang baru adalah 088-279 319. Sehubungan dengan itu, sebarang surat menyurat hendaklah difakskan ke nombor seperti yang tertera.
Dimaklumkan bahawa berikut merupakan nombor talian telefon baharu bagi Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tg Aru menggantikan nombor telefon sebelum ini.

Operator : 088-279 300

Ketua Stesen Tg Aru : 088-279 330

Terima Kasih.
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2016, Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tanjung Aru akan mula beroperasi di bangunan baharu yang terletak di alamat seperti berikut:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1 Jalan Aeropod
Off Jalan Kepayan
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, semua urusan pejabat dan juga semua operasi perkhidmatan keretapi akan dibuat di bangunan / stesen yang baharu tersebut.
Diadakan bermula pada 28 September 2014 pada setiap hari Rabu dan Ahad sahaja.

Tenom - Pangi - 5.00 pagi
Pangi - Rayoh - 5.30 pagi
Rayoh (Tiba) - 5.50 pagi

Rayoh - Pangi - 6.05 pagi
Pangi - Tenom - 6.30 pagi
Tenom (Tiba) - 7.01 pagi

Terima kasih.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita Oktober 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011

Pada 05 Oktober 2012, bertempat di Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu, telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada para kakitangan JKNS yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2011 yang lalu.

Terdapat lima (5) kategori anugerah yang diberikan oleh pihak Jabatan iaitu:-

  1. Sijil Penghargaan kepada para kakitangan yang mendapat markah prestasi sebanyak 90% ke atas. Penerima ialah Pn Sanita, Pn Hasnah, En Oliver, Pn Esther, Pn Nursuraya, Pn Juliah, En Harry Gintanau, Pn Hjh Intan Setia, Pn Rosmiadi, Pn Ng Siew Fong @ Faridah, Pn Ka Ah Ta, En Ag Nazip, Pn Faridah, En Julius Issu, En Alfred Barnabas, En Michael Wong, Cik Hasnita, En Ag Esa, En Augustine, En Ali Hussain, Pn Dk Nur Azelah, En Mohd Noor Azmie, En Mohd Saffie, En Johari, En n Abin Sodomon, En Mohd Talib, En Claudius, En Paulus, En Jafirin, En Awang Abd Rahman, En Pilemon Ingku, En Herman, En Daud Jual, En Jiblin Lampat, Cik Nursuriany, En Zulkifli, En Ag Yunus, En Jimmi Loisin, En Madius Edwin, En Peter Chin, En Wong Nyet Fui, En Marussin Eki, En Anuar, En Sevilin Lojihum, En Abd Manaf, En Medius Debang, En Osmund A.Balandong.
  2. Anugerah Pemandu Lokomotif Cemerlang. Penerima ialah En Ali Ramlee
  3. Anugerah Gad Berdedikasi. Penerima ialah Encik Piu Rosian
  4. Anugerah Khas Pengurus Besar. Penerima ialah Encik Md Zainin Md Layer, Encik Jamian Dom, Encik Gulang Gantiu @ Albert, Encik Brahim Awang Besar, Encik Mohammad Zaky Sebulat, Encik Muhd Ridhwan Abdullah & Encik Joeharmawi Tindapau.
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Penerima ialah Ir Tuan Hj Ismail Hj Ahmad, Tuan Hj Kassim Hj Ismail, Encik Russell @ Vivi Bonar, Puan Wan Razimah Manap, Encik Matsha Majin, Encik Abdul Munap Rais, Encik Mohd Yusof Alias, Encik Abdul Rahman Abdul Majid dan Puan- Dariah Sambata.

Selain daripada Pengurus Besar JKNS dan para Pegawai Kanan JKNS serta para kakitangan JKNS, majlis ini juga turut dihadiri oleh para tetamu jemputan khas diantaranya Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) iaitu Datuk Felix Madan, para Ketua Jabatan agensi di bawah KPI dan para Pegawai daripada Jabatan lain.
Majlis gilang gemilang ini diserikan lagi dengan acara karaoke dan cabutan nama bertuah yang memberikan hadiah berupa peralatan elektronik yang menarik. Majlis yang berlangsung bermula seawal jam 7.30 malam ini telah berakhir pada jam 11.00 malam dengan meriahnya.

PROGRAM OUTING 
AJK ICT & MULTIMEDIA JKNS

Pada 13 – 14 Oktober 2012, Jawatankuasa ICT & Multimedia Jabatan Keretapi Negeri Sabah telah mengada- kan satu program “outing” bertempat di Weston Wetlands Park, Beaufort.

Program ini merupakan salah satu aktiviti Jawatankuasa ICT & Multimedia JKNS yang bertujuan untuk mempela- jari teknik-teknik kamera dan perkong- sian minda di samping mengeratkan silaturahim di antara semua ahli.

KURSUS INDUKSI KHUSUS

Kursus Induksi Khusus Ja- batan Keretapi Negeri Sabah telah diadakan pada 30- 31 Oktober 2012 bertempat di Unit Latihan JKNS. Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini dihadiri seramai 17 orang peserta dan 2 orang daripadanya adalah dari Pejabat Mufti Negeri Sabah serta dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS). Para penceramah adalah terdiri daripada pegawai kanan JKNS yang mewakili bahagian masing-masing.

CERAMAH AGAMA HARI RAYA AIDILADHA

 

Pada 19 Oktober 2012, bertempat di Unit Latihan JKNS, Badan Kebajikan Islam Keretapi (BADIK) telah menganjurkan ceramah agama khas sempena Hari Raya Aidiladha dan di sampaikan oleh penceramah jempu- tan iaitu Ustaz Lamsin Anggali. Sesi ceramah ini dihadiri oleh oleh para pegawai dan kakitangan JKNS.

June 2017
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!