Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa gelaran

"Pengurus Besar"

akan ditukar secara rasmi kepada

"Pengarah"

berkuatkuasa pada 2hb Januari 2018

Alamat surat-menyurat adalah kekal.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita Ogos 2012

SISTEM KEHADIRAN SECARA ELEKTRONIK/”ID CARD”

Pembangunan yang begitu pesat dalam bidang ICT dan teknologi maklumat telah memberikan impak yang besar terhadap organisasi dalam mengurus sumber manusia, contoh dari aspek merekod kehadiran kakitangan secara elektronik bagi menjamin pemantauan pergerakan kakitangan yang lebih efisien. Sebagai sebuah agensi kerajaan negeri dan pembekal utama pengangkutan di Negeri Sabah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah turut sama melakukan perubahan dan inisiatif untuk melaksana dan menguatkuasakan penggunaan sistem kehadiran secara elektronik ini melalui ID Card, yang telah dipraktikkan di kebanyakan agensi kerajaan. JKNS pada ketika ini mencatat rekod kehadiran dengan menggunakan mesin (Punch Card) yang konservatif di mana hanya ibu pejabat (2 unit sahaja) yang dibekalkan dengan mesin ini, manakala hampir keseluruhan tempat bertugas, terutama di 15 stesen JKNS hanya merekod kehadiran secara manual (mencatat dalam buku kehadiran). Cara ini bukan sahaja ketinggalan zaman malah kurang efisien.

Menurut Ketua Pegawai Tadbir (KPT) JKNS, penggunaan sistem kehadiran secara elektronik dilaksanakan di JKNS bertujuan untuk:-

a. Selaras dengan arahan kerajaan menerusi Pekeliling PKPA Bil.11/1981 dan PKPA 1/2004;
b. Menangani masalah tidak hadir bertugas yang sering diterima oleh Pihak Pengurusan;
c. Memantau pergerakan keluar/masuk ke pejabat (masa berkerja) dengan berkesan;
d. Memastikan penilaian SKT yang lebih efisien dengan mengambilkira rekod kehadiran bekerja kakitangan.

Menurut beliau lagi, sistem ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober setelah semua kerja pemasangan ‘hardware’ dan ‘software’ sistem ini selesai sepenuhnya, iaitu di Ibu Pejabat dan semua stesen yang ada.

Sistem kehadiran secara elektronik ini berfungsi melalui Server (Software) yang akan dihubungkan melalui fiber optic dari Ibu pejabat ke stesen lain bermula dari Tanjung Aru, Putatan, Kawang, Kinarut, Papar, Beaufort dan Tenom.

Manakala stesen lain seperti Bongawan dan Membakut masih ditangguhkan atas masalah kabel yang tidak berfungsi. Begitu juga stesen lain seperti Saliwangan, Halogilat, Rayoh dan Pangie yang masih menggunakan sistem Punch Card (manual) atas masalah ‘electricity’ dan jumlah kakitangan yang sedikit di stesen berkenaan.

Sistem kehadiran secara elektronik ini akan dikawal dan di pantau oleh Ibu Pejabat melalui software yang akan ditempatkan di pejabat Bahagian Pentadbiran.

Adalah menjadi tanggungjawab semua kakitangan untuk mengetik kad ID yang telah dibekalkan pada ‘Time Clock’ yang telah ditempatkan di pejabat masing-masing pada masa-masa bekerja yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh ketua bahagian masing-masing.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan amat memerlukan komitmen dan kerjasama kakitangan melalui ketua bahagian masing-masing untuk membekalkan jadual waktu kerja (termasuk waktu anjal, syif, standby dan lain-lain) untuk di masukkan dalam sistem demi untuk memudahkan pemantauan yang berkesan ke atas kakitangan.

Dengan berkuatkuasanya sistem ini, data/rekod kehadiran kakitangan seperti “Early In, Early Out, Late In, Late Out, Break Early In, Break Early Out, Absentee, Incomplete, Overtime, Not Working” dan sebagainya akan dapat dikesan dan di ‘Print Out’ sekiranya ada keperluan.
Sistem Kehadiran Elektronik merangkap ID Card telah dilaksanakan sepenuhnya sejak sekian lama di kebanyakan pejabat kerajaan dan merupakan cara yang amat efisien untuk memantau pergerakan kakitangan.

Walaupun sistem ini agak baru dilaksanakan di JKNS, namun setiap kakitangan haruslah bersifat terbuka untuk menerima sebarang perubahan dan pembaharuan demi untuk memajukan lagi jabatan yang kita sayangi ini. Bak kata orang “Alah Bisa, Tegal Biasa”.

Sebarang kemusykilan terhadap sistem ini, kakitangan diminta untuk berhubung dengan bahagian Pentadbiran dan AJK ICT & Multimedia untuk penjelasan selanjutnya.

Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa

Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa kepada para penumpang perkhidmatan keretapi PS104 telah diadakan pada 10 Ogos 2012 oleh Badan Kebajikan Islam Keretapi (BADIK) dengan usahasama Bahagian Lalulintas. Majlis ini berlangsung di dua lokasi iaitu di Stesen Sekretariat yang disempurnakan oleh Penguasa Lalulintas dan dibantu oleh kakitangan Lalulintas yang bertugas. Manakala pengagihan juadah di Stesen Tanjung .Aru disempurnakan oleh Pengerusi BADIK yang juga turut dibantu oleh kakitangan lalulintas yang bertugas pada hari tersebut.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 JKNS

Majlis rumah terbuka Jabatan Keretapi Negeri Sabah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 telah diadakan pada 11 September 2012 bertempat di Dewan JKNS. Majlis yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Keretapi (BADIK) di hadiri oleh Pengurus Besar JKNS, Pegawai-Pegawai Kanan dan para kakitangan JKNS dari semua bahagian. Tidak hanya menjamu selera tetapi majlis ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan menganyam ketupat dan cabutan tiket bertuah. Majlis yang berlangsung pada jam 9.00 pagi ini telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

October 2018
M T W T F S S
« Apr    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!