Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa talian telefon JKNS iaitu 088-279 300 mengalami kerosakan pada masa ini. Sila hubungi bahagian yang berkenaan secara terus sekiranya mempunyai sebarang urusan. Berikut merupakan nombor talian telefon yang boleh dihubungi:-

Pejabat Pengurus Besar (P.A Pengurus Besar) - 088-279 488
Bahagian Pentadbiran (Ketua Pegawai Tadbir) - 088-279 456
Bahagian Akaun (Akauntan) - 088-276 366
Bahagian Lalulintas (Penguasa Lalulintas) - 088-279399
Bahagian Kejuruteraan Awam (Ketua Jurutera Awam) - 088-279 333
Bahagian Bahagian Kejuruteraan Jentera (Ketua Jurutera Jentera) - 088-279 322
Unit Korporat & Komunikasi (Pegawai Perhubungan Awam) - 088-279 444
Stesen Tanjung Aru (Ketua Stesen) - 088-279 330

Sekian dan terima kasih.
Dimaklumkan bahawa nombor talian faks JNS yang baru adalah 088-279 319. Sehubungan dengan itu, sebarang surat menyurat hendaklah difakskan ke nombor seperti yang tertera.
Dimaklumkan bahawa berikut merupakan nombor talian telefon baharu bagi Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tg Aru menggantikan nombor telefon sebelum ini.

Operator : 088-279 300

Ketua Stesen Tg Aru : 088-279 330

Terima Kasih.
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2016, Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tanjung Aru akan mula beroperasi di bangunan baharu yang terletak di alamat seperti berikut:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1 Jalan Aeropod
Off Jalan Kepayan
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, semua urusan pejabat dan juga semua operasi perkhidmatan keretapi akan dibuat di bangunan / stesen yang baharu tersebut.
Diadakan bermula pada 28 September 2014 pada setiap hari Rabu dan Ahad sahaja.

Tenom - Pangi - 5.00 pagi
Pangi - Rayoh - 5.30 pagi
Rayoh (Tiba) - 5.50 pagi

Rayoh - Pangi - 6.05 pagi
Pangi - Tenom - 6.30 pagi
Tenom (Tiba) - 7.01 pagi

Terima kasih.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita March 2013

TAKLIMAT SISTEM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Taklimat Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S telah diadakan pada 4 Mac 2013 di Unit Latihan JKNS. Taklimat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Tadbir iaitu Puan Nekmah Abdullah dan dihadiri oleh para Ketua Bahagian, para Pegawai Kanan dan kakitangan JKNS yang terlibat. Selain itu, Konsultan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Encik Darul Adizul Ishak juga turut dijemput untuk menyampaikan taklimat tersebut.

Secara keseluruhannya, taklimat ini adalah untuk menerangkan tentang Program 5S yang juga merupakan salah satu program Pengurusan Kualiti yang akan dilaksanakan sepenuhnya di Jabatan Keretapi Negeri Sabah sehingga matlamat akhir, iaitu Persijilian 5S diperolehi.

MAJLIS AMANAT GM & PERASMIAN BENGKEL KEJURUTERAAN JENTERA STESEN BEAUFORT

Majlis Amanat Pengurus Besar JKNS julung kalinya telah diadakan di luar daerah, iaitu di Stesen Beaufort telah berlangsung pada 5 Mac 2013.Selain itu, majlis itu bertujuan untuk merasmian Bengkel Kejuruteraan Jentera Stesen Beaufort yang telah siap sepenuhnya.

Majlis ini turut dihadiri oleh semua Ketua Bahagian, Para Pegawai Kanan dan Kakitangan JKNS di Stesen Beaufort. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Tema JKNS daripada Kumpulan Koir Jabatan yang diketuai oleh En Julius Issu.

Seterusnya majlis berlangsung dengan ucapan amanat untuk tahun 2013 oleh Pengurus Besar JKNS iaitu Tuan Hj Mohd Zain Hj Mohd Said dan sekaligus merasmikan Bengkel Kejuruteraan Jentera Stesen Beaufort.

JKNS— AADK— PDRM

Pada 7 Mac 2013, JKNS telah menganjurkan Program Kesedaran tentang ‘Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Penjawat Awam’ dengan usahasama daripada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Bahagian Narkotik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertempat di Unit Latihan JKNS.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di Jabatan ini telah memberi suntikan kesedaran di kalangan kakitangan JKNS amnya, tentang bahaya penyalahgunaan dadah lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan penjawat awam.

Ceramah telah disampaikan oleh Wakil dari AADK., En Erwan Roslan bertajuk “Dadah & Kesannya”, En Faizel Abd Wahid “Perkongsian Pengalaman” dan Inspektor Zulfakar Abdul Azizi “Penyalahgunaan Dadah dalam aspek Undang-Undang” dari PDRM. Ceramah ini telah dihadiri oleh seramai 40 kakitangan JKNS

BENGKEL “ADOBE PHOTOSHOP”

Bengkel “Adobe Photoshop” khusus untuk AJK ICT & Multimedia JKNS telah diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di Unit Latihan JKNS.

Bengkel yang diadakan dibawah Program Latihan ICT & Multimedia JKNS ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Adobe Photoshop sekaligus dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ICT terutamanya dalam seni grafik dan multimedia khas untuk para peserta.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 8 orang kakitangan (AJK), di mana tenaga pengajar diambil secara dalaman, iaitu oleh En Shamsuddin Shuib.

MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA KOMUNITI

Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti PERWANI dan 1Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 17 Mac 2013 bertempat di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu.

Pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah juga turut menghantar wakil dari setiap bahagian bagi memeriahkan lagi acara perdana yang berlansung serentak di seluruh Malaysia.

MAJLIS AMANAT GM & PERASMIAN BENGKEL KEJURUTERAAN JENTERA STESEN TENOM

Road Show’ Majlis Amanat Pengurus Besar JKNS seterusnya telah diadakan julung kalinya di Stesen Tenom pada 26 Mac 2013 sekaligus merasmikan Bengkel Kejuruteraan Jentera Stesen Tenom.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian, para Pegawai Kanan dan para kakitangan JKNS Stesen Tenom.

Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, lagu Tema JKNS dan 1Malaysia daripada Kumpulan Koir Jabatan.

Seterusnya majlis berlangsung dengan ucapan amanat untuk tahun 2013 oleh Pengurus Besar JKNS iaitu Tuan Hj Mohd Zain Hj Mohd Said dan sekaligus merasmikan Bengkel Kejuruteraan Jentera Stesen Tenom. Majlis yang bermula seawal jam 10.45 pagi ini telah berakhir pada jam 1.00 petang.

TENPIN BOWLING JKNS

Pertandingan Tenpin Bowling Tertutup JKNS anjuran Biro Bowling KESURI telah diadakan pada 29 Mac 2013 bertempat di CPS Bowl, Kota Kinabalu.

Acara ini berlangsung dengan mempertandingkan empat (4) kategori iaitu kategori Antara Bahagian, Berpasukan, Individu Lelaki dan Individu Wanita.

Berikut adalah senarai para pemenang (Juara) mengikut kategori:-

  • Bahagian Pentadbiran (Kategori Antara Bahagian)
  • Bahagian Kejuruteraan Awam (Kategori Berpasukan)
  • Tuan Hj Mohd Zain Hj Mohd Said (Kategori Individu Lelaki)
  • Cik Norsuriany Abd Kayum (Kategori Individu Wanita)

Syabas dan tahniah diucapkan.

September 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!