Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa talian telefon JKNS iaitu 088-279 300 mengalami kerosakan pada masa ini. Sila hubungi bahagian yang berkenaan secara terus sekiranya mempunyai sebarang urusan. Berikut merupakan nombor talian telefon yang boleh dihubungi:-

Pejabat Pengurus Besar (P.A Pengurus Besar) - 088-279 488
Bahagian Pentadbiran (Ketua Pegawai Tadbir) - 088-279 456
Bahagian Akaun (Akauntan) - 088-276 366
Bahagian Lalulintas (Penguasa Lalulintas) - 088-279399
Bahagian Kejuruteraan Awam (Ketua Jurutera Awam) - 088-279 333
Bahagian Bahagian Kejuruteraan Jentera (Ketua Jurutera Jentera) - 088-279 322
Unit Korporat & Komunikasi (Pegawai Perhubungan Awam) - 088-279 444
Stesen Tanjung Aru (Ketua Stesen) - 088-279 330

Sekian dan terima kasih.
Dimaklumkan bahawa nombor talian faks JNS yang baru adalah 088-279 319. Sehubungan dengan itu, sebarang surat menyurat hendaklah difakskan ke nombor seperti yang tertera.
Dimaklumkan bahawa berikut merupakan nombor talian telefon baharu bagi Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tg Aru menggantikan nombor telefon sebelum ini.

Operator : 088-279 300

Ketua Stesen Tg Aru : 088-279 330

Terima Kasih.
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2016, Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tanjung Aru akan mula beroperasi di bangunan baharu yang terletak di alamat seperti berikut:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1 Jalan Aeropod
Off Jalan Kepayan
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, semua urusan pejabat dan juga semua operasi perkhidmatan keretapi akan dibuat di bangunan / stesen yang baharu tersebut.
Diadakan bermula pada 28 September 2014 pada setiap hari Rabu dan Ahad sahaja.

Tenom - Pangi - 5.00 pagi
Pangi - Rayoh - 5.30 pagi
Rayoh (Tiba) - 5.50 pagi

Rayoh - Pangi - 6.05 pagi
Pangi - Tenom - 6.30 pagi
Tenom (Tiba) - 7.01 pagi

Terima kasih.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita Julai 2012

SESI LAWATAN PENGURUS BESAR & KETUA BAHAGIAN KE DAERAH TENOM

Pada 19 Julai 2012, Pengurus Besar bersama rombongan dari Ibu Pejabat yang terdiri daripada semua Ketua Bahagian telah mengadakan lawatan serta sesi perbincangan bersama para pegawai dan kakitangan JKNS di Stesen Tenom.Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keperluan serta masalah yang sering dihadapi oleh stesen berkenaan termasuk Stesen Rayoh dan Pangi. Ini telah dihadiri seramai 35 orang kakitangan dari stesen berkenaan. Perbincangan yang berlangsung selama tiga jam ini telah memberi peluang kepada semua kakitangan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, ianya juga sebagai satu usaha pihak pengurusan untuk mendekati serta beramah mesra dengan kakitangan JKNS terutamanya dari daerah pendalaman. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu perjawatan (KUP, Memangku, Menanggung Kerja, Kenaikan Pangkat), pertukaran kakitangan, masalah elaun lebih masa, perumahan, kelengkapan pejabat yang dhaif dan serba kekurangan, stok/penghantaran barangan daripada Ibu Pejabat, perkhidmatan/operasi (kerosakan yang sering berlaku), masalah radio phone dan lain-lain lagi. Pada sebelah petang, sesi diteruskan ke Daerah Tenom, di mana perbincangan pengerusikan oleh ADO Daerah Tenom iaitu Encik Puin Pinduruh. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan mengenai beberapa isu yang melibatkan perkhidmatan keretapidari Kg Rayoh, Kg Pangi, kedudukan stesen lama Kg Melalap sebagainya. Perbincangan turut dihadiri oleh Ketua Kg Pangi dan Kg Rayoh, khusus untuk menyuarakan masalah perkhidmatan keretapi dari daerah berkenaan.

CERAMAH AGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN

Pada 20 Julai 2012, bertempat di Unit Latihan JKNS, BADIK telah menganjurkan ceramah agama khas sempena Bulan Ramadhan.

Siri pertama ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Lamsin Anggali yang menggesa agar menghayati kelebihan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan di samping mempertingkatkan lagi ketakwaan kepada yang Maha Esa. Manakala, siri kedua pula di sampaikan oleh Ustazah Lilis Mulyani yang menekankan bahawa bulan Ramadan ini perlu dimanfaatkan dan amalan pada bulan ini juga harus diteruskan pada bulan yang lain.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 26 Julai 2012, Jawatankuasa Kerja BADIK telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih bersama Pengurus Besar JKNS iaitu Tuan Hj Mohd Zain Hj Mohd Said.

Majlis yang diadakan di Surau Nur Hidayah, Perumahan Jabatan Keretapi Negeri Sabah ini turut dihadiri oleh isteri Pengurus Besar, Pegawai-pegawai kanan serta kakitangan muslim JKNS.

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Majlis tahlil dan doa selamat sempena bulan nisfu Syaaban telah diadakan pada 10 Julai 2012 bertempat di Surau Nur Hidayah, Perumahan Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Majlis ini dimulakan selepas selesai solat isyak yang diimamkan oleh Ustaz Rumaini Usop, Iman Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang selaku Imam jemputan. Selain itu, majlis ini dihadiri oleh Pengerusi BADIK, Ketua Jurutera Awam, Penguasa Stor serta kakitangan muslim JKNS.

PERSIDANGAN & MESYUARAT CIO AGENSI KERAJAAN NEGERI SABAH

Pada 10 dan 11 Julai 2012, Persidangan dan Mesyuarat CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah telah diadakan di Hotel Promenade, Tawau. Persidangan yang bertemakan “Ke Arah Merealisasikan Connected Government’ telah dihadiri oleh CIO JKNS, Puan Nekmah Abdullah & IT Personal JKNS Encik Mervyn David serta lebih daripada dua ratus peserta yang terdiri daripada para CIO dan pegawai agensi kerajaan negeri.

PERBINCANGAN TERTUTUP JPAN-CUEPACS

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Keretapi Negeri Sabah (Railway Workers Union) merangkap Timbalan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sabah iaitu Encik Jamian Dom, telah menghadiri perbincangan tertutup bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah berserta jawatankuasa kongres yang lain pada 26 Julai 2012 di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).

PELANCARAN KEMBARA JALUR GEMILANG

Pelancaran Kembara Jalur Gemilang Ramadhan yang diadakan pada 29 Julai 2012 bertempat di Stesen Keretapi Putatan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Yahya Hussin merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Program ini adalah bertujuan menggalakkan orang ramai mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan bagi tahun 2012. Selain itu, beliau juga berbesar hati mengagihkan bendera jalur gemilang kepada komuniti kampung dan kenderaan awam yang lalu dihadapan Stesen Keretapi Putatan sebelum melepaskan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan pacuan empat roda. Konvoi kembara yang menuju ke Daerah Membakut itu turut disertai oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Pendidikan.

June 2017
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!