Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa gelaran

"Pengurus Besar"

akan ditukar secara rasmi kepada

"Pengarah"

berkuatkuasa pada 2hb Januari 2018

Alamat surat-menyurat adalah kekal.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita Januari 2012

Bengkel MPK & FM di Dreamworld

30 Januari hingga 02 Februari 2012,  Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) peringkat JKNS telah diadakan selama 4 hari di Dream World Resort Mesilau, Kundasang.  Tujuan bengkel di adakan untuk memberi pendedahan/mempelajari format penyediaan MPK/FM mengikut garis panduan yang disediakan, mengumpul dan mengemaskini maklumat berkaitan penubuhan JKNS, Objektif, Visi, Misi, Carta Fungsi, Proses Kerja dan  mengkaji semula Fungsi JKNS dan Dokumentasi semula MPK/FM. Bengkel ini disertai oleh 30 orang termasuk pengurusan atasan, pegawai dan kakitangan JKNS. Fasilitator yang dilantik ialah daripada INTAN, Sabah. 

PELANCARAN SEMULA NORTH BORNEO RAILWAY (NBR)

Pada 4 Feb, 2012 lepas, Majlis Pelancaran semula perkhidmatan keretapi wap NBR telah diadakan di JKNS setelah tidak beroperasi selama enam tahun. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, dengan dihadiri oleh Mayor Datuk Abidin Madingkir, Pengerusi Sutera Harbor Tan Sri Ahmad Kamil Jaffar, SUT KPI Datuk Felix Madan dan Pengurus Besar JKNS, Hj Mohd Zain Hj Mohd Said.

Penubuhan First JKNS

Penubuhan kumpulan (FIRST) juga dikenali sebagai Fleet Internal Response Specialist Team hasil buah fikiran kakitangan Kejuruteraan Jentara semasa majlis Railway Gala Nite 2011 pada 20 Desember 2011 di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu.  Persembahan pada malam tersebut bukanlah gimik semata-mata kerana ia merupakan titik permulaan penubuhan kumpulan FIRST.  Keanggotaan kumpulan ini adalah dikalangan semua kakitangan Bahagian Kejuruteraan Jentera yang dipengerusikan oleh, Ketua Jurutera Jentera Gred J44, En.Md Zainin Bin Md Layer dan diketuai oleh Jurutera Jentera 2 Gred J41 En.Wellson Bahoi.  Fungsi utama kumpulan FIRST ialah bertanggungjawab memberi bantuan teknikal dan kepakaran mengendalikan kes-kes kemalangan dan kegelinciran keretapi di Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

29 November 2011 – Majlis Bersama Jabatan telah diadakan pada di Hotel Waterfront, W.P. Labuan di antara pihak Pengurusan bersama dengan Staf JKNS. Acara lain yang diadakan ialah kunjungan hormat ke Jabatan Pelabuhan & Dermaga, W.P. Labuan dan  aktiviti permainan bowling.

14 Disember 2011 – Lawatan Kerja oleh YB Tuan Jelaing Anak Mersat Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia 1 ke Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

20 Dis 2012 – Railway GALANITE Anjuran bersama KESURI & JKNS telah diadakan pada bertempat di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu

October 2018
M T W T F S S
« Apr    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!