Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa nombor talian faks JNS yang baru adalah 088-279 319. Sehubungan dengan itu, sebarang surat menyurat hendaklah difakskan ke nombor seperti yang tertera.
Dimaklumkan bahawa berikut merupakan nombor talian telefon baharu bagi Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tg Aru menggantikan nombor telefon sebelum ini.

Operator : 088-279 300

Ketua Stesen Tg Aru : 088-279 330

Terima Kasih.
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2016, Ibu Pejabat JKNS dan juga Stesen Tanjung Aru akan mula beroperasi di bangunan baharu yang terletak di alamat seperti berikut:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah
No.1 Jalan Aeropod
Off Jalan Kepayan
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, semua urusan pejabat dan juga semua operasi perkhidmatan keretapi akan dibuat di bangunan / stesen yang baharu tersebut.
Diadakan bermula pada 28 September 2014 pada setiap hari Rabu dan Ahad sahaja.

Tenom - Pangi - 5.00 pagi
Pangi - Rayoh - 5.30 pagi
Rayoh (Tiba) - 5.50 pagi

Rayoh - Pangi - 6.05 pagi
Pangi - Tenom - 6.30 pagi
Tenom (Tiba) - 7.01 pagi

Terima kasih.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita Februari 2012

KES PENIPUAN DALAM PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI—”TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL”, GM.

Beberapa kes penipuan terhadap permohonan pinjaman peribadi  telah dilaporkan berlaku  di JKNS. Walaupun kes ini bukanlah perkara baru dan telah berlaku semenjak dari dulu lagi, namun ianya tidak boleh dipandang ringan dan harus ditangani segera.

Menurut Pegawai Tadbir, JKNS, Puan Nekmah Abdullah, setakat ini beliau telah menerima 12 kes penipuan seperti pemalsuan tandatangan dan slip gaji yang melibatkan beberapa Koperasi dan Institusi Kewangan.  Sehubungan dengan itu, para pekerja yang terlibat akan disoal siasat sebelum sebarang tindakan  tatatertib akan diambil. Sekiranya kes dilaporkan serius, maka laporan polis juga akan dibuat. Dalam pada itu, Pengurus Besar JKNS, Hj Mohd Zaid Said berkata, kes ini tidak sepatutnya berlaku lagi memandangkan terdapat beberapa kelonggaran syarat telah  diberikan  terhadap permohonan pinjaman peribadi ini kepada kakitangan yang terdesak.

“Saya menyeru kepada kakitangan untuk menggunakan saluran yang betul untuk memohon pinjaman. Jangan mudah terperdaya  dengan Along dan agen-agen yang menjadi orang tengah yang berjanji untuk menolong mendapatkan pinjaman. Kelonggaran syarat jabatan boleh diberikan sekiranya justifikasi adalah munasabah, “ komen beliau.  Mengenai dengan kes penipuan yang masih berlaku di JKNS, beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terlibat sekiranya terbukti bersalah.

 “Penipuan dalam slip gaji dan tandatangan adalah serius, dan jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak dibuat melalui prosedur jabatan,” kata beliau lagi. Sehubungan dengan itu, surat pekeliling kepada semua Institusi Kewangan mengenai pengesahan gaji dan tandatangan akan dibuat untuk mengatasi masalah masalah ini daripada berleluasa. 

MAJLIS AMANAT PENGURUS BESAR

Pada 22 Februari 2012, bertempat di Dewan Serbaguna JKNS berlangsung Majlis Amanat Tahun Baru Pengurus Besar Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Majlis ini  dihadiri oleh seramai150 para pegawai dan kakitangan JKNS. 

Pelancaran AEROPOD

Majlis Upacara Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula dan Pemodenan Stesen Keretapi Tanjung Aru yang lebih dikenali sebagai Aeropod telah diadakan di kawasan Stesen Terminal Muatan, Tanjung Aru pada 25 Februari 2012.

Upacara Pecah Tanah ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.  Hampir seluruh kakitangan JKNS yang bertugas di Stesen Tanjung Aru dan stesen-stesen lain  turut menghadiri majlis tersebut.  Selain itu, majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri, Pembantu Menteri serta Dif-Dif Kehormat. Ketua Menteri berkata “ Pelancaran Aeropod juga menandakan permulaan pembangunan semula yang dicadangkan dan pemodenan Stesen Tanjung Aru.  Satu peristiwa penting di Kota Kinabalu, landasan keretapi dari Tanjung Aru ke Tenom telah wujud sejak awal 1900-an dan kaya dengan sejarah kerana ianya dibina oleh British untuk mengeksport mengeluarkan inlands pantai.  Pembangunan semula dan pemodenan stesen keretapi, yang terletak dalam Aeropod SP Setia, adalah penting terutamanya apabila kita melangkah ke fasa kedua Koridor Pembangunan Sabah (SDC)”.

 HARI KELUARGA KESURI 2012

 

Hari Keluarga KESURI 2012 merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Rekreasi KESURI.  Aktiviti ini telah berlangsung pada 03 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di 1st Beach Tanjung Aru.  Acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Zain Haji Mohd Said.

Kehadiran para tetamu yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian dan Kakitangan JKNS bersama keluarga memeriahkan lagi acara Hari Keluarga tersebut. Acara senamrobik dilakukan sebagai pembuka acara bagi Hari Keluarga KESURI 2012.  Selain itu, pelbagai acara sukaneka dipertandingkan mengikut kategori seperti VIP, dewasa lelaki & wanita, berpasukan, berpasangan dan kanak-kanak.  Namun, apa yang lebih menarik lagi adalah acara pertandingan memanjat pokok kelapa yang diilhamkan oleh Pengurus Besar JKNS.

Di samping itu, menu makanan yang disediakan juga membuka selera para tetamu yang hadir.  Para tetamu turut dihiburkan dengan aktiviti karaoke oleh Kakitangan JKNS.  Acara yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah berakhir pada jam 1.00 petang.

SALAM MAULIDUL RASUL PERINGKAT JKNS

Pada 10 Februari 2012 bersamaan 17 Rabiulawal 1433H, Badan Kebajikan Islam Keretapi (BADIK) telah mengadakan satu ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Hj.Lamsin Bin Anggali yang bertempat di Unit Latihan JKNS.  Seramai 40 lebih orang termasuk Pengurus Besar, Ketua-Ketua Bahagian dan Kakitangan JKNS yang beragama islam menghadiri ceramah tersebut. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memperingati sejarah Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

 

December 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!