Get Adobe Flash player
    Translate to:

Pautan Utama
Sistem Intranet
GALERI & MEDIA
MUAT TURUN

Borang

Nota Kursus/Taklimat

Facebook / Twitter

Khidmat Pelanggan

Jabatan Keretapi Negeri Sabah,
No.1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-279300
Fax : 088-279319

Mutiara Kata
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Charles Cahier
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Hamka
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Hamka
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.
Khong Hu Cu
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita.
Joseph Addison
Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.
Jim Rohn
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
Abdullah Mansur M.H
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Horatius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
Allen Tate
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
HEBAHAN
Dimaklumkan bahawa gelaran

"Pengurus Besar"

akan ditukar secara rasmi kepada

"Pengarah"

berkuatkuasa pada 2hb Januari 2018

Alamat surat-menyurat adalah kekal.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghargai setiap maklum balas dan cadangan yang dikemukakan. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan di masa akan datang. JKNS juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pada masa kini dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sekian dan terima kasih.

Arkib Berita April 2012

LAWATAN KERJA STATE RAILWAY OF THAILAND

State Railway of Thailand (SRT) dari Bangkok, Thailand telah menghantar wakil bagi lawatan kerja sehari ke Bahagian Kejuruteraan Jentera JKNS pada 23 April 2012.

Lawatan kerja sehari ini dihadiri oleh tiga orang wakil dari SRT iaitu Mr Voravuth Mala (Marketing Director), Mr Chullapong Chulanon (Superintending Engineer) dan Mr Dr Thana Phuphuakrat (Senior Mechanical Engineer). Manakala wakil JKNS diketuai oleh Encik MD Zainin MD Layer (Ketua Jurutera Jentera) dan dibantu oleh Encik Wellson Bahoi (Jurutera Jentera).

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat secara dekat operasi dan keupayaan DMU baru milik JKNS yang dibeli pada tahun 2009 melalui China South Railway (CSR). Menurut pengarah pemasaran SRT, mereka bercadang untuk mendapatkan unit DMU daripada pembekal yang sama. Selain itu, beliau juga berharap agar pihak JKNS dapat membuat lawatan kerja ke SRT bagi mengeratkan hubungan kedua belah pihak.KAN

NAZIRAN PEROLEHAN ICT: JKNS – MOF & KSIT JKR

Lawatan naziran perolehan ICT telah dijalankan pada 12 hingga 13 April 2012 bermula dari Stesen Tanjung Aru sehingga Stesen Tenom. Lawatan ini diketuai oleh Puan Nekmah Abdullah (Ketua Pegawai Tadbir JKNS) bersama empat orang pegawai kanan JKNS, wakil daripada Kementerian Kewangan, Encik Mohd Faizal Mohd Tahir dan wakil daripada KSIT JKR, Encik Timothy Boyou. Tujuan lawatan adalah bagi mengenalpasti keperluan ICT dan juga meliputi hal ehwal keperluan pejabat dan stesen-stesen serta menilai masalah di kawasan perumahan.

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA MALAYSIA 2012

Perhimpunan Hari Pekerja Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak Kuantan, Pahang telah diadakan pada 1 Mei 2012. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Negeri Sabah (UNION) yang diketuai oleh Presiden UNION, Encik Jamian Dom bersama tujuh orang AJK lain.

KURSUS MENGENDALIKAN MOTORISED GANG TROLLEY

Pada 3 Mei 2012 bertempat di Tang Dynasty Park Hotel, Kota Kinabalu telah diadakan Kursus Mengendalikan Motorised Gang Trolley. Seramai 50 peserta daripada Bahagian Kejuruteraan Awam JKNS menyertai kursus tersebut. Para peserta diberi pendedahan tentang Akta Keselamatan & Kesihatan Dalam Pekerjaan (OSHA) 1994 oleh Encik Wellson Bahoi (Jurutera Jentera). Selain itu, Penolong Penguasa Lalulintas, Cik Hasnita Noorzain memberi ceramah mengenai Peraturan Lalulintas (Undang-Undang Jabatan Keretapi Negeri Sabah 1954). Manakala, Encik Russell @ Vivi Bonar iaitu Juruteknik Awam menerangkan tentang penggunaan troli kepada para peserta. Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir dengan ujian bertulis pada jam 4.45 petang

August 2018
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Notis Tender 2017
Servei

The train schedule is convenient to link with other mode of transport

View Results

Loading ... Loading ...
Servei II

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti dan isi kandungan website rasmi JKNS?

View Results

Loading ... Loading ...
Dokumen Kualiti
Users Online
Statistik
Free counters!